Assalamualaikum kawan-kawan....
Kawan sebenarnya bingung macam mana nak jual kebun kawan ni.
Rasa dah lama juga nak jual tapi susah nak dapat orang yang benar-benar nak beli.
Kebun kawan ni terletak di kawasan kebun dalam kampung.
Tanahnya terletak di Kg. Padang Sari Mukim 4 Simpang 5, Batu Pahat, Johore.
Kalau anda orang Batu Pahat rasanya tahu tempat ni.
Tanah ni tanah lapis, tapi ada jalan tanah merah jalan masuk.
Kalau dari jalan Simpang 5-Parit Sulong masuk kg Padang Sari ni lebih kurang 3 km.
Masuk dalam dari jalan tar kampung dalam 100 meter lebih kurang.
Dulu dah ada rumah kat sini, rumah panggung tapi dah dibuka.
Api air pun ada tiada masalah kalau nak buat rumah.
Orang dulu-dulu yang duduk kat kampung diorang suka buat rumah jauh ke dalam dari jalan kampung.
Walaupun kebun ni tanahnya agak gambut, dulu kebun ni penuh dengan bermacam-macam tanaman.
Ini laluan masuk ke kebun. Tanah ni tanah lapis tapi ada jalan. Lori pun boleh masuk.
Jalan ni dah banyak kali ditambak. Tambak dengan tanah merah ngan batu-batu konkrit pecah-pecah.
Ini lah pondok tempat berehat hilangkan peluh...Ha...dah sampai pun kat kebun.
Ada bekas peninggalan pondok kat sini. Dulu ada bekalan api semua kt rumah kecik ni.
Tanah gambut, pokok sawitnya ada agak condong.
Dari tumbuhan berulam sampailah yang pokok besar.
Kelapa, durian , nanas, ciku, jambu, limau purut, pokok lempoyang, pokok kekabu ,kopi, keladi ,brokowali dan macam-macam lagi.
Tapi sekarang banyak pokok-pokok kayu dah ditebang dan dibersihkan.
Kitorang dah mula tanam pokok sawit je.
Kat kebun ni dah diseragamkan dengan pokok sawit.
Sekarang usia pokok sawit dalam lingkungan 4 hingga 10 tahun
Keluasan kebun ni dalam 4.337 ekar atas geran.
Tapi geran asal dekat 10 ekar , baru ni dah dipecahkan geran bagi 2.
So atas tanah lebih kurang 4.8 ekar.
Penat juga lah kalau nak berjalan keliling kebun.
Suasana di kebun ni tenang dan nyaman.
Sesuai sangat lah kalau anda yang tinggal di kota nak kan suasana yang aman damai yang jauh dari bunyi bising hiruk pikuk kota tu.
Cuma biasalah kalau kat kebun mesti lah ada nyamuk, tapi bukan lah nyamuk apa pun cuma nyamuk kebun.
Kebun ni pun bersih, memang selalu dijaga.
Kalau nak baring atas tanah kat kebun pun boleh.
Pondok pun dah ada kat kebun ni tapi bukan lah homestay.
Bagi yang nak rasakan suasana berehat cari peluh di kebun sambil menghirup suasana yang segar amatlah sesuai.
Harganya untuk 1 keping geran Rezab Melayu geran kekal selamanya cuma 250ribu.
Selamanya tu maksudnya sampai bila-bila selagi ada hayat dikandung badan.
Anak-anak dan cucu cicit pun boleh warisi.
Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi saya jika perlu .
Ini nombor saya... 0177021392
Ini gambar kebun orang sebelah, kebun Separap. Tanam pokok kelapa matag .
Banyak pokok sawit usia bawah 10 tahun lagi. Sekali petik buah sawit boleh dapat dalam 2 tan lebih.
Sebulan dua kali petik. Akan datang lagi dijangka peningkatan hasil sawit bila pokok dah membesar.
Ada sebatang pokok kekabu sangat besar. Pokok ni berusia hampir 100 tahun maybe..
Jalan masuk ke Kg. Padang Sari menuju ke kebun .
No comments:
Post a Comment